Tuesday 3 December 2013

Bab 2- Kisah lama diputarkan kembali

      Kenapa semua ni berlaku tiba-tiba. Di saat aku tengah cuba nak lupa dan buang perasaan aku dekat dia. Ye, dulu aku jatuh hati dengan dia. Tapi lepas dia pindah, kita lost contact. Aku pulak masa tingkatan 2, 3 dan 4 tak pakai telefon bimbit. Aku cuba untuk lupakan dia aku cuba. 2 tahun aku menyendiri. 2 tahun aku single. Sejujurnya, aku tunggu dia. Aku cuba buka hati aku untuk lelaki lain. Tapi aku tak mampu. Ye, memang orang mungkin anggap ni cinta monyet sebab semuanya bermula masa aku 13 tahun. Umur yang terlalu muda untuk jatuh cinta. Kalau ia sekadar cinta monyet kenapa 3 tahun dan berlalu tapi aku masih tak boleh lupakan dia. Walaupun kami hanya kawan baik, tak lebih dari itu tapi aku sendiri tak faham macam mana aku boleh jatuh sayang dengan dia. Kisah ni bersambung dengan perbualan kami di Facebook yang seterusnya.

Aku     : Weh aku budak dalam kelas aku ni kan hensem gila. Kau kenal kut.
Syafiq  : Okay bagilah tau nama.
Aku     : Janji jangan bagitau orang lain yang aku suka (bukan suka betul saja cari topik nak berbual)
Syafiq  : Ye sayang , janji.
Aku     : Beraninya panggil aku sayang. Awek kau jeles nanti tau lah. Nama dia start dari huruf F.
Syafiq  : Ouhh , haa kau sama kelas dengan dia lah eh ?
Aku     : Ya tapi masa form 3. Sekarang dia kelas lain. Dia mana pandang aku. Aku ni tak lawa, tak sesuai
dengan dia yang hensem tu.
Syafiq  : Hensem ke. Atuk aku lagi hensem. Haha. Mungkin dekat mata dia kau tak lawa, tapi di mata orang lain kau lawa.
Aku     : Masalahnya aku tak jumpa lagi orang lain tu.
Syafiq  : Dulu kau dah jumpa dah orang tu. Tapi orang tu dah ada awek. Masa orang tu tak ada awek, dia cari kau tapi tak jumpa.
Aku     : Kau bergurau kan? Maksud kau si Syafiq tu? Eh tak mungkinlah. Masa form 1&2 lah masa aku paling comot. Takkan dia berkenan pulak.
Syafiq  : Cinta tak kenal usia lah. Aku pernah bagitau kau yang aku suka kau kan? Ke kau lupa? Kau memang tak perfect. Aku suka kau sebab kau sangat memahami aku.
Aku     : Ingat ingat. Tapi aku tak sure kau suka lagi ke tak. Kalau kau ada kat sini memang kau je aku pilih. Jap eh nak mandi dan solat.
Aku     : 8.15 Im aku. Aku free time tu.
Aku     : Aku dah free ni.
Aku     : Syafiq ?
Syafiq  : Sorry , nanti kita chat lagi. Nak keluar dengan Aida kejap. Nanti dia jeles aku layan kau lebih lama dari layan dia. Haha
Aku     : Okay.

         Wah dia dah bahagia sekarang. Maknanya aku bolehlah berhenti berharap dan tunggu dia kan? Sedih? Ya aku sedih tapi siapa aku dan apa aku boleh buat. Dia dah ada orang yang dia sayang. Dia dah happy. Tak ada ruang untuk aku lagi. Lepas aku tau dia dah bahagia. Aku cuba cari pasangan. Bukan nak cari cinta tapi cari sesatu yang boleh buat aku sibuk dan lupakan dia. Akhirnya aku jumpa seorang lelaki China mixed dengan Melayu dekat WeChat. Handsome. Pemain bowling sekolah dia. Bolehlah untuk hilang bosan. Bukannya serius pun kan. Aku ingatkan semua ni berakhir takat ni sahaja. Tapi aku silap.



No comments:

Post a Comment